Assalammualaikum...
pada entry hari ni saya nak mengadu pada pembaca
mengenai masalah "JERAWAT" saya yang semakin teruk dari hari ke hari
kesian kat muka saya yang comel dan manis ini....
alangkah indahnya kalau muka saya sehalus muka MARIAN RIVERA
dengan kesedihan yang tidak dapat ditampung lagi
ingin saya kongsi bersama pembaca2 blog punca2 jerawat dan sedikit nasihat mengatasi masalah jerawat.....
pada entry hari ni saya nak mengadu pada pembaca
mengenai masalah "JERAWAT" saya yang semakin teruk dari hari ke hari
kesian kat muka saya yang comel dan manis ini....
alangkah indahnya kalau muka saya sehalus muka MARIAN RIVERA
dengan kesedihan yang tidak dapat ditampung lagi
ingin saya kongsi bersama pembaca2 blog punca2 jerawat dan sedikit nasihat mengatasi masalah jerawat.....
JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ..........
Kedudukan jerawat dan info:
DAHI
Haba
badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin
terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk
tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
Jerawat-Tips dan petua:
Jerawat
adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa.
Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak
dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan
yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat:
* Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur
adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan
tahun dan awal 20 'an.
* Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
* Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
* Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
* Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi
yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum
dikulit yang bertambah.
* Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan
jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat.
Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya:
* Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang
mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia
mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh
dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
* Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
* Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
* Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
* Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat
lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang
berlainan dari orang lain.
* Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
* Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian
ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh
menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
* Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga
rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala
yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus
dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
* Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
* Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
* Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang
melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua
premature dan menutup liang sebum.
* Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat:
* Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang
lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly
hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid
dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat
baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
* Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline,
erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak
berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain
boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu
menggunakan ubat antibiotik "oral".
* Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
Adalah diharapkan dengan sebanyak sedikit maklumat di atas boleh membantu pembaca2 blog ini yang turut berhadapan dengan masalah yang sama. Sehingga kita bertemu lagi.....[^,^]//