Assalammualaikum...[^^.]V...
Bertemu lagi kita di hari yang baru dengan topik baru.Topik yang ingin saya bincangkan hari ini adalah soal "cantik".
Saya sendiri cinta pada "kecantikkan". Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan [sebenarnya bagi saya semua orang itu cantik,terpulang kepada mereka bagaimana mahu menghargai kecantikkan mereka].Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak

pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan
oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan
salah satu ciri keindahan Islam ialah ajarannya sangat cocok dengan
fitrah semula jadi manusia. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu
tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang
tidak indah. Begitu jugalah dunia ciptaan Allah ini, ia juga sangat
indah.
Wanita juga adalah ciptaan Allah dan tentu sahaja wanita cantik.
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
Kalau kita tanyakan pelbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temui
pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah,
pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan
pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada
pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada
hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata kecantikan itu sangat
relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Mungkin bagi anda yang meminati Aishwarya Rai anda akan menyatakan bahawa beliau adalah artis wayang hindustan yang paling cantik
kadang-kala gadis skema yang bercermin mata juga cantik
atau
mungkin gadis berpurdah,bertudung labuh
Siapa kata orang berkulit gelap itu tidak cantik?
Tyra Banks adalah contoh wanita kulit gelap yang paling saya minati dan......
.
..
.
.
.
.
beliau juga sangat meminati saya....
.
.
.
.
.
.
.
.
ehemmmm...perasan sikit pun salah ker????
ni gambar penulis blog tanpa makeup....[*.*]~
n opkos u all boleh nampak bekas2 jerawat saya.....huhuhu~
Soal cantik2 ni akan ada sambungan bahagian kedua...
nantikan yek.....
n opkos u all boleh nampak bekas2 jerawat saya.....huhuhu~
Soal cantik2 ni akan ada sambungan bahagian kedua...
nantikan yek.....
No comments:
Post a Comment