About Me

My photo
I'm just a simple girl so this blog is about anything that i feel n i will make sure that it is simple as me but still can give something useful to my reader...ok,st0p dengan tembirang..nway i'am not going to use english during writing anything in this blog...i'am going to use my bahasa ibunda which is bahasa malaysia n francais...yeap!! no typo error...francais babyyyyyy.....i love pariS~~~

Wednesday 16 May 2012

banyaknye kembar DP kaler coklat kat FB....

Lama saya tak update blog yang sederhana ni....hehe...hati sy terbukak untuk menulis sedikit soal DP (default picture) kat FB sekarang,ramai yang menukar DP mereka dengan gambar berwatna coklat dengan mata tertutup bukan? Sebagai pengetahuan, pakaian berwarna coklat itu adalah pakaian yang dikuatkuasakan untuk rakyat Palestin yang menjadi tahanan dan logo kecil di sebelah kanan pula bermaksud "SHABAS" dan ia adalah singkatan bagi perkhidmatan penjara penjara israel......
Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang menjadi tahanan dan mengadakan mogok lapar terbesar dalam sejarah dunia.
Persoalannya adakah dengan menukar gambar DP di FB dapat membantu mereka? Cukupkah bantuan kita dari Malaysia dengan sekadar meletakkan gambar DP berwarna coklat itu?
>>sebenarnya semua itu menurut saya tidak cukup<<
tetapi hanya melalui cara ini kita sebagai golongan minoriti dapat bersama-sama meningkatkan kesedaran orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana kerana doa adalah senjata bagi orang mukminin. :)
Sebagai pengetahuan tambahanan buat pembaca blog ini,kelmarin.....15 Mei 2012 adalah Hari Nakbah. Sudah 64 tahun negara Palestin dirampas oleh israel tanpa belas kasihan. Hari Nakbah ini adalah hari yang diperingati oleh rakyat Palestin, masyarakat negara Arab, pejuang islam seluruhnya bahawa sejak tahun 1948 rakyat Palestin telah dihalau beramai-ramai keluar dari negara mereka sendiri secara paksaan.
YAUMUN NAKBAH apabila diterjemah ke dalam bahasa Malaysia bererti " hari malapetaka " yang mana dari maksudnya sahaja kita tahu bahawa ia adalah hari yang menghampakan dan menyedihkan buat rakyat Palestin kerana ia juga mengambarkan betapa dasyatnya hari tersebut.
Alhamdulillah ramai yang memakai gambar DP tersebut dan ini menjadikan saya bingung,banyak sangat kembar yang tercipta secara tidak sengaja.....hahahahaa.....tidak mengapa asalkan apa yang ingin disampaikan terlaksana....jangan pula ada yang memakai DP tersebut tanpa tahu tujuan sebenar kawan2 yang lain menggunakan.....
Sekian saja dari saya......"sabar jelah kalau bahasa agak lintang pukang........."


2 comments:

  1. aku la tu salah sorangnya..hehe..tp sebelum guna gambar DP nie, aku tanya dulu pacik gugel.. xmau guna tanpa tau sebab musabab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bguslh klu tau sbb,ada budak cbc ni tdk tau sbb...dia blang "kak,ni trend skrg..."

      Delete